Wednesday 24 October 2012

PUASA HARI ARAFAH.

“Sahaja aku puasa sunat hari A’rafah esok hari kerana Allah Ta’ala.”
niat puasa Arafah.

Assalamualaikum ya akhi ya ukhti...
tadi kawan aku cakap," azie puasalah esok, sebab esok 9Dzulhijjah, hari dimana kita berpuasa bagi mereka yang tidak berhaji atau tidak menunaikan haji dan andai kita memberitahu kepada sesama manusia besar ganjaran yang kita perolehi."
Ya Allah, bagaimana aku boleh lupa tarikh-tarikh penting ini. cuainya aku. berat sebelahnya aku. terima kasih kepada yang mengingatkan aku tadi.

kelebihan berpuasa HARI ARAFAH :

Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim).

begitu banyak jalan yang ALLAH ciptakan untuk hambanya bertaubat, suci daripada dosa-dosa yang kita sendiri lakukan. wahai sahabat, rangkul peluang ini, jangan kau berlengah. InsyaAllah mana tahu berkat yang diperolehi akan menjadi bekalan nanti.

panjangkanlah umurku agar aku dapat membawa abah dan emak ke Tanah Suci Mekah.dan panjangkanlah umur mereka dan dahulukanlah mereka didalam setiap pemberian yang terbaik dariMu Ya ALLAH.

Saturday 20 October 2012

kerana sakit.

Assalamualaikum ya akhi ya ukhti...
aku demam kali neh, terkena jugak tempiasnya. kalau dulu aku merungut.
siapa suka badan tidak sehat. demam aduhh! sakit yang mlemahkan badan. tapi pagi tadi aku bangun aku terduduk diam. lemah badan, tapi aku berfikir apa sebabnya Allah memberi sakit dekat kita? lalu aku pon "google", banyak rupanye sebab Allah bagi kita sakit. Alhamdulillah, Allah sentiasa sayangkan kita umatNYA yang sekarang semakin melupakanNYA..

hikmah sakit menurut Imam Al- Ghazali :

1. Mewujudkan tanda baik sangka kepada ALLAH
2. Menghasilkan rahmat dan hidayah ALLAH
3. Mmeperoleh sebutan dari ALLAH dihadapan hamba2 pilihan
4. Membimbing hati dengan mengingati dan menyebut nama ALLAH
5. Melepaskan diri dari azab
6. Memelihara diri dari gangguan syaitan
7. Mendatangkan kebahagian dunia dan akhirat
8. Mendapatkan darjat yang mulia di sisi ALLAH
9. Memberi sinaran kepada hati dan menghilangkan kekeruhan jiwa
10. Menegakkan satu rangka dari iman dan Islam
11. Menghasilkan kemuliaan dan kehormatan pada hari kiamat
12. Melepaskan diri dari penyesalan
13. Memperolehi penjagaan dan kawalan dari para malaikat
14. Menghasilkan keampunan dan keredhaan ALLAH
15. Merupakan ukuran untuk mengetahui darjat yang diperolehi di sisi ALLAH.

Allah swt itu selalu mewujudkan peluang untuk hambanya mendekatiNYA.. wahai sahabat, jangan kita melepaskan peluang. dan aku akan mencapai peluang itu.
ALLAH maha pengasih. insyaAllah kita diberkati.