Wednesday 24 October 2012

PUASA HARI ARAFAH.

“Sahaja aku puasa sunat hari A’rafah esok hari kerana Allah Ta’ala.”
niat puasa Arafah.

Assalamualaikum ya akhi ya ukhti...
tadi kawan aku cakap," azie puasalah esok, sebab esok 9Dzulhijjah, hari dimana kita berpuasa bagi mereka yang tidak berhaji atau tidak menunaikan haji dan andai kita memberitahu kepada sesama manusia besar ganjaran yang kita perolehi."
Ya Allah, bagaimana aku boleh lupa tarikh-tarikh penting ini. cuainya aku. berat sebelahnya aku. terima kasih kepada yang mengingatkan aku tadi.

kelebihan berpuasa HARI ARAFAH :

Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim).

begitu banyak jalan yang ALLAH ciptakan untuk hambanya bertaubat, suci daripada dosa-dosa yang kita sendiri lakukan. wahai sahabat, rangkul peluang ini, jangan kau berlengah. InsyaAllah mana tahu berkat yang diperolehi akan menjadi bekalan nanti.

panjangkanlah umurku agar aku dapat membawa abah dan emak ke Tanah Suci Mekah.dan panjangkanlah umur mereka dan dahulukanlah mereka didalam setiap pemberian yang terbaik dariMu Ya ALLAH.

No comments:

Post a Comment